Tiga perkara yang boleh kita perbaiki untuk meningkatkan kualiti solat adalah …
1 Kelajuan membaca
Ramai orang membaca dengan cepat dalam solat. Malah ada yang berbangga dengan kecepatan mereka menghabiskan solat mereka!
Untuk menyedari betapa tidak beradab cara ini, bayangkan seseorang bercakap dengan anda pada kelajuan yang anda gunakan dalam solat.
Sekiranya kita tidak dapat menerima ‘pembicaraan pantas’ dengan sesama kita sendiri, kenapa kita berani melakukan perkara yang sama kepada Allah?
Lebih baik bersabar dan bacalah dengan kadar sederhana – macam dengan sesama rakan. Lebih-lebih lagi ketika membaca Fatihah, dimana kita ‘berbicara’ dengan Allah.
2 Fokus
Kita mengambil masa dari jadual sibuk kita, melakukan wudhu, datang ke masjid, mulakan solat, dan minda kita mula merayau-rayau tanpa sempadan.
Syaitan menggunakan peluang ini untuk mengingatkan kita tentang masa lalu dan masa depan, apa yang kita telah dibincangkan semasa kerja, mengenai apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang, barang yang hilang, dan sebagainya.
Untuk menyedari betapa tidak patut, bayangkan setiausaha anda bercakap dengan anda perlahan-lahan dan jelas tetapi fikirannya di tempat lain.
Dia berkata: “Bos memang hebat”, “Saya tidak pernah melihat seseorang seperti bos”; “Saya tidak akan melupakan pemberian bos”, dan lain-lain.
Tetapi dalam fikirannya …
Dia memikirkan mencuci pakaian kotornya, menyapu rumah, atau mengilatkan kasutnya.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan tingkah laku ini, berani kita melakukan perkara yang sama kepada Allah?
3 Kefahaman tentang apa yang dibaca
Ramai diantara kita membaca ‘straight‘ – tanpa apa2 perasaan atau tahu makna yang dibaca dalam solat. Janji dah baca, dengan lancar dan tak teragak-agak.
Untuk menyedari betapa buruknya itu, bayangkan setiausaha anda bercakap dengan cara ini dengan anda. Hanya dalam mod senada tanpa perasaan seperti robot: “Bos, anda hebat”, “Saya tidak pernah melihat seseorang seperti bos”, “Saya tidak akan melupakan pemberian bos” ….
Sekiranya kita tidak suka berbicara dengan orang seperti itu, berani kita lakukan itu kepada Allah?
Bukan nak suruh kita berdrama dengan penuh perasaan tetapi kita perlu merenung dan menyedari apa yang kita lakukan. Ulama-ulama silam seperti Imam Ghazali ada menukilkan apa yang patut difikirkan atau dibayangkan ketika membaca ungkapan-ungkapan dalam solat.
Jadi, jom kita mula memahami apa yang kita baca dari Quran, samada dalam solat atau pun di luar.
Pada permulaan ini, fahamilah bacaan yang sentiasa kita gunakan dalam solat. Banyak buku panduan solat mengandungi makna bahasa Melayu untuk bacaan Arab dalam solat.
Selepas itu, belajarlah bahasa Arab. Kita belajar bahasa English bertahun tahun, takkan bahasa Quran tak nak ambil sedikit masa untuk belajar?