Satu cara untuk memperbaiki akhlak adalah dengan mengelak perdebatan / pertengkaran – walaupun yang kecil dan ‘tak serius’.
Bagaimana?
Jangan berdebat1Dari Abu Umamah. katanya Rasullullah (sallallahu ‘alaihi wassalam) bersabda, “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” (Sunan Abu Daud 4800).
Huh?
Ya, elak daripada berdebat. Bukan suatu yang mudah, terutamanya apabila anda berada di pihak yang betul.
Berdebat (yang dalam proses menjadi pertengkaran) adalah sesuatu yang tak berguna dan berisiko. Menang atau kalah, ia membawa kepada sakit hati untuk kedua belah pihak, dan ini adalah satu punca utama rosak perhubungan antara orang.
Habis, bagaimana?
Cakap apa yang hendak dicakap. Selepas itu, diam saja. Kalau pihak lawan menjawab dengan negatif, biarkan dan diam saja. Sabarlah. Elak daripada berdebat. Ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ganjarannya amat hebat.
Satu pengecualian …
Boleh berdebat kalau betul-betul nak mencari kebenaran. Bukan saja nak tunjuk hebat atau memalukan pihak lain.