Taqwa – satu penerangan yang mudah

Taqwa adalah sebab seseorang mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Ia disebut dalam berbagai bentuk lebih daripada 250 kali dalam Quran. Kalau termasuk hadith, lebih banyak lagi. Jadi,  kita perlu memahami apa taqwa, kenapa ia penting, dan bagaimana menggunakannya.

Ada berbagai definisi takwa, tetapi ia boleh disimpulkan sebagai membuat perisai untuk melindungi diri daripada kemurkaan dan hukuman Allah (subhanahu wa ta’ala). Perisai ini adalah dengan mematuhi suruhan Allah dan menjauhkan diri daripada larangan Allah.

Shahadah

Asas taqwa adalah shahadah. Bukan hanya cakap saja, tetapi betul-betul memahami dan bertindak membenarkan (menjadikan benar) shahadah itu. 

Menyebut bahagian pertama shahadah bererti anda seyakin-yakinnya percaya yang hanya Allah layak disembah. Apa-apa bentuk sembahan (hati, lisan, perbuatan). Anda tak menyembah yang lain- yang hidup atau yang mati (semuanya dicipta Allah); ataupun “konsep” seperti duit, sukan, dan sebagainya.   

Menyebut bahagian kedua shahadah bererti anda percaya dengan yakin yang Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib (sallallahu ‘alayhi wassalam) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Dia hamba Allah – kita TAK menyembah Nabi Muhammad (sallallahu ‘alayhi wassalam) tetapi kita percaya apa yang diucapkannya adalah benar.

Cinta Allah & PesuruhNya

Mengucap shahadah juga bererti yang anda cinta Allah (subhanahu wa ta’ala) dan Rasullullah (sallallahu ‘alaihi wassalam) lebih daripada yang lain.

Apa ertinya?

Ertinya … yang anda patuh Allah dan Rasullullah (sallallahu ‘alaihi wassalam) melebihi segalanya. Lebih daripada suami/isteri, ibubapa, anak-anak, kawan-kawan, dan sebagainya. Lebih daripada kemahuan sendiri pun.

Satu contoh …

Anda perlu ada keutamaan yang betul. Mengerjakan solat adalah lebih penting daripada perkara lain. Jangan berebut menghantar anak-anak ke sekolah (pagi) dan tak mengerjakan solat Subuh sebab takut anak lewat ke kelas.

Satu lagi contoh …

Jangan terus membeli-belah (untuk menjimat masa) dengan pasangan sehingga waktu solat anda luput (berakhir) tanpa anda dan / atau pasangan anda mengerjakan solat itu.

Solat

Komitmen terbesar untuk membenarkan shahadah adalah solat lima waktu. Ia adalah komunikasi manusia dengan Allah – pujian untuk Allah, permintaan kepada Allah, dan sebagainya. 

Solat membantu seorang hamba meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah (subhanahu wa ta’ala), dan inshaAllah dia akan terus ada kesedaran tentang kepentingan hal-hal ini.  

Solat dengan berjemaah adalah antara syiar Islam terbesar. Cubalah berjemaah di masjid atau surau atau sekurang-kurangnya solat berjemaah dengan ahli kelurga. Di samping ganjaran yang jauh lebih banyak, hubungan sosial pun semakin baik.

Fokus

Jangan terpedaya. Sentiasa berwaspada tentang hal-hal yang dapat mengalih perhatian kita daripada taqwa.

Seperti apa?

  • rancangan TV
  • hiburan (tv, radio, dll)
  • percakapan tak berfaedah (yang selalunya melibatkan mengumpat)

Sudah tentu, seorang yang bertaqwa perlu mematuhi arahan Allah (subhanahu wa ta’ala) seperti melindungi diri dan keluarga daripada api neraka. Mempunyai akhlaq yang baik juga sangat dituntut dalam Islam.

Sama-sama berda'wah - KONGSIKAN
Wan D
Wan D

Saya menggunakan blog ini untuk merekod dan menyusun tentang ilmu berkaitan Islam yang saya pelajari. Anda dialu-alukan datang dan mengambil apa-apa faedah di blog ini.

Terima kasih sudi membaca. Amalkan semampu boleh ...

Stay in touch by following me on Instagram.